Kerjaya Sophia Zuhri

Sophia mula menunjukkan minat dan bakatnya dalam bidang muzik dengan mencipta lagu secara serius pada usia 14 tahun. Beliau berkata kepada Free Malaysia Today: "Ketika membuat keputusan untuk menceburi bidang muzik, saya memberanikan diri menjelaskan kepada ibu bapa. Saya bersyukur apabila mereka amat menyokong keputusan ini,".[4]

Minat mendalam terhadap muzik membawanya bertemu dengan penulis lagu dan komposer terkenal, Ajai.[5] Sophia kemudiannya muncul dengan single solo pertamanya berjudul "Game of Charades" yang ditulisnya sendiri dengan sentuhan daripada Ajai.[6][7] Dikeluarkan pada Mac 2021, ia menceritakan mengenai ketidaksempurnaan seorang manusia dan menurut Sophia, ia merupakan pengalaman dan ceritanya "apabila memasuki tempat baharu dan bagaimana untuk membawa diri".[2][8]

Pada 24 Ogos 2022, Sophia mengadakan persembahan mini pertamanya, An Evening with Sophia Zuhri di Royal Chulan, Damansara, Kuala Lumpur. Beliau mempersembahkan sebanyak 5 lagu termasuk lagu "Game of Charades". Album sulungnya juga dilancarkan pada hari yang sama, memuatkan sebanyak 10 lagu hasil karyanya sendiri.[9][10][11]

Rujukan

WikiPedia: Sophia Zuhri https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure... https://www.freemalaysiatoday.com/category/videos/... https://gempak.com/berita-terkini/minat-cipta-lagu... https://www.instagram.com/sophiazuhri/ https://www.kopiplanet.com/sophia-zuhri-pertaruhka... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/04/690499/kongs... https://www.kosmo.com.my/2021/04/23/eskapisme-real... https://www.kosmo.com.my/2022/09/12/pengalaman-mah... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/08... https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2021/06/69...